Laman Web Rasmi UTHM Hubungi Kami English Version Laman Utama Laman Web Rasmi UTHM Hubungi Kami English Version Laman Utama English Version Hubungi Kami Laman Web Rasmi UTHM UTHM Library

 


Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat dan Salam keatas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Terlebih dahulu, bagi pihak Perpustakaan UTHM, saya mengalu-alukan kedatangan pelajar dan staf baru ke universiti ini. Saya juga mengucapkan selamat datang ke bangunan baru perpustakaan, yang telah siap sepenuhnya dan telah dibuka kepada umum, khususnya kepada mereka yang berhasrat menimba pengetahuan.

Seiring dengan motto universiti iaitu "Dengan Hikmah Kita Meneroka", perpustakaan memainkan peranan penting untuk menjana hikmah dikalangan warga universiti menerusi penerokaan ilmu. Oleh kerana perpustakaan merupakan pusat ilmu, adalah diharapkan bangunan baru ini menyediakan persekitaran yang ceria, tenang dan kondusif, yang diperlukan dalam usaha mendapatkan maklumat dan pengetahuan.

Apa yang utama kepada kami adalah bagaimana untuk memberikan perkhidmatan maklumat yang cemerlang kepada pengguna. Saya percaya sekiranya seseorang pengguna berpuashati dengan perkhidmatan kami, mereka akan terus berkunjung ke perpustakaan dari semasa ke semasa. Semakin tinggi tahap kepuasan yang ada pada seseorang pengguna akan menjadikannya salah satu faktor penentu kepada kejayaan didalam apa jua urusan yang dijalankan. Tidak hairanlah mengapa Peter Drucker pernah berkata "Keberhasilan kepada sesuatu urusan, adalah kepuasan hati pengguna".

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Laman Web Perpustakaan diatas usaha gigih, ketabahan dan komitmen mereka.

Terima kasih.

Bharun Narosid B. Mat Zin
Ketua Pustakawan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia